"People with high assurance in their capabilities approach difficult tasks as challenges to be mastered rather than as threats to be avoided."
--Albert Bandura

Showing posts with label Teori Pembelajaran Sosial. Show all posts
Showing posts with label Teori Pembelajaran Sosial. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

SEJARAH MODEL PENGAJARAN SOSIAL


            Adakah anda tahu apa itu teori pembelajaran sosial? Menurut ahli teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa teori pembelajaran sosial adalah kebolehan kognitif manusia dan faktor-faktor seperti ciri-ciri fizikal, personaliti, kepercayaan, dan sikap yang mempengaruhi tingkahlaku manusia serta persekitaran di mana manusia itu berada. Pengaruh ini bersifat timpal balik kerana tingkahlaku individu boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu lain. Pemerhatian individu pada persekitaran yang dihadapi juga boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu tersebut. Secara umumnya, teori ini bertumpu kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana manusia belajar sesama manusia melalui pembelajaran pemerhatian.


Pelopor


Albert Bandura (1925 hingga kini)

            Albert Bandura sangat terkenal kerana telah banyak membuat kajian mengenai cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Sebagai contoh, beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modeling. Berdasarkan hasil kajian-kajian beliau, Bandura telah berjaya mengembangkan satu teori kognitif sosial mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Apa itu model pengajaran sosial?

            Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja meransangkan murid-murid secara sosial, tetapi turut secara intelek. Oleh itu, ahli teori sosial  mencadangkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut. Apabila wujud kerjasama dalam kalangan murid-murid semasa menyiapkan sesuatu tugasan, mereka akan lebih berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sebagai senergi. Model pengajaran sosial ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif. Mod dalam model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.      

BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN SOSIAL





Perjalanan Hidup

Albert Bandura lahir pada 4 Disember 1925.
1949 – Menamatkan pengajian (Ijazah Sarjana Muda Psikologi) dari University of British Columbia.
1952 – Menerima Ph.D. dalam bidang Klinikal dari University of Iowa.
1953 – Mula mengajar di Universiti Stanford.
1974 – Menjadi Presiden APA
1980 – Menerima anugerah APA untuk anugerah Sumbangan Ilmiah terhormat (Distinguished Scientific Contributions
2004 – Sumbangan Sepanjang Hayat Terkemuka dalam bidang Psikologi, American Psychological Association.

Peringkat Awal

Albert Bandura lahir di sebuah Bandar kecil di Kanada yang terletak 50 batu dari Edmonton. Anak bongsu daripada enam adik-beradik. Pendidikan awal beliau adalah di sebuah sekolah kecil yang hanya mempunyai dua orang guru. Menurut Albert bandura, disebabkan kekangan yang dihadapi bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran, “The students had to take charge of their own education" (Stokes, 1986).
Beliau sedar bahawa, “the content of most textbooks is perishable…the tools of self-directedness serve one well over time” (Stokes, 1986), Pengalaman awal ini mungkin telah menyebabkan Bandura menekankan tentang kepentingan agen peribadi.
Albert Bandura akhirnya menjadi kagum dengan bidang psikologi selepas melanjutkan pengajian di Universitu of British Columbia. Setelah tamat pengajian dalam masa tiga tahun sahaja, beliau Berjaya pergi untuk meneruskan pengajian di Universiti of Iowa. Semasa pengajian tersebut, beliau berpendapat bahawa teori Pembelajaran Sosial terlalu focus kepada penerangan tingkah laku.

Karier

Selepas Berjaya mendapat Ph.D., beliau ditawarkan kerja di Universiti Stanford. Beliau menerima tawaran tersebut dan meneruskan pekerjaannya di Stanford sehingga ke hari ini. Minat beliau terhadap vicarious learning, pemodelan dan imitasi meningkat semasa beliau membuat kajian terhadap adolescent aggression.
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger