"People with high assurance in their capabilities approach difficult tasks as challenges to be mastered rather than as threats to be avoided."
--Albert Bandura

Thursday, August 26, 2010

MODEL PENGAJARAN


Apa itu pengajaran?

            Menurut Kamus Dewan edisi keempat pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, segala sesuatu yang diajarkan dan lain-lain. Pengajaran adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai seting pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk kolej dan universiti.
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

Apa itu model pengajaran?

            Model pengajaran adalah satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya. Beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.
Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidikan ialah memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran, membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan dan sebagai penduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya. 

Jenis-Jenis Model Pengajaran.
1. Model Pemprosesan Maklumat
Konsep
Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2. Model Behavioral
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
Pembelajaran Masteri
Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi
Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model Pengajaran
Contoh
Huraian
Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam
bilik darjah

1.  Model Pempro-sesan Maklumat



Inkuiri

Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori

Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

2.  Model Behavioral

Pengajaran Langsung




Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing

3.  Model Sosial

Pembelajaran Koperatif


Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga  mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan & Simulasi

Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

4.  Model Personal

Synectics



Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

Sunday, August 22, 2010

SEJARAH MODEL PENGAJARAN SOSIAL


            Adakah anda tahu apa itu teori pembelajaran sosial? Menurut ahli teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa teori pembelajaran sosial adalah kebolehan kognitif manusia dan faktor-faktor seperti ciri-ciri fizikal, personaliti, kepercayaan, dan sikap yang mempengaruhi tingkahlaku manusia serta persekitaran di mana manusia itu berada. Pengaruh ini bersifat timpal balik kerana tingkahlaku individu boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu lain. Pemerhatian individu pada persekitaran yang dihadapi juga boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu tersebut. Secara umumnya, teori ini bertumpu kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana manusia belajar sesama manusia melalui pembelajaran pemerhatian.


Pelopor


Albert Bandura (1925 hingga kini)

            Albert Bandura sangat terkenal kerana telah banyak membuat kajian mengenai cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Sebagai contoh, beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modeling. Berdasarkan hasil kajian-kajian beliau, Bandura telah berjaya mengembangkan satu teori kognitif sosial mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Apa itu model pengajaran sosial?

            Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja meransangkan murid-murid secara sosial, tetapi turut secara intelek. Oleh itu, ahli teori sosial  mencadangkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut. Apabila wujud kerjasama dalam kalangan murid-murid semasa menyiapkan sesuatu tugasan, mereka akan lebih berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sebagai senergi. Model pengajaran sosial ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif. Mod dalam model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.      

BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN SOSIAL





Perjalanan Hidup

Albert Bandura lahir pada 4 Disember 1925.
1949 – Menamatkan pengajian (Ijazah Sarjana Muda Psikologi) dari University of British Columbia.
1952 – Menerima Ph.D. dalam bidang Klinikal dari University of Iowa.
1953 – Mula mengajar di Universiti Stanford.
1974 – Menjadi Presiden APA
1980 – Menerima anugerah APA untuk anugerah Sumbangan Ilmiah terhormat (Distinguished Scientific Contributions
2004 – Sumbangan Sepanjang Hayat Terkemuka dalam bidang Psikologi, American Psychological Association.

Peringkat Awal

Albert Bandura lahir di sebuah Bandar kecil di Kanada yang terletak 50 batu dari Edmonton. Anak bongsu daripada enam adik-beradik. Pendidikan awal beliau adalah di sebuah sekolah kecil yang hanya mempunyai dua orang guru. Menurut Albert bandura, disebabkan kekangan yang dihadapi bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran, “The students had to take charge of their own education" (Stokes, 1986).
Beliau sedar bahawa, “the content of most textbooks is perishable…the tools of self-directedness serve one well over time” (Stokes, 1986), Pengalaman awal ini mungkin telah menyebabkan Bandura menekankan tentang kepentingan agen peribadi.
Albert Bandura akhirnya menjadi kagum dengan bidang psikologi selepas melanjutkan pengajian di Universitu of British Columbia. Setelah tamat pengajian dalam masa tiga tahun sahaja, beliau Berjaya pergi untuk meneruskan pengajian di Universiti of Iowa. Semasa pengajian tersebut, beliau berpendapat bahawa teori Pembelajaran Sosial terlalu focus kepada penerangan tingkah laku.

Karier

Selepas Berjaya mendapat Ph.D., beliau ditawarkan kerja di Universiti Stanford. Beliau menerima tawaran tersebut dan meneruskan pekerjaannya di Stanford sehingga ke hari ini. Minat beliau terhadap vicarious learning, pemodelan dan imitasi meningkat semasa beliau membuat kajian terhadap adolescent aggression.

PRINSIP DAN KONSEP MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL










Konsep


Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan.
Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.
Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. Berbekalkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod interaktif ini mendorong pelajar mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan menggunakan kemahiran sosial.
Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran Koperatif

            Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Melalui pembelajaran secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.
Model pengajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.
Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu:
- Pencapaian akademik
- Penerimaan kepelbagaian
- Kemahiran sosial

Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan:
- Tugasan koperatif
- Matlamat
- Struktur ganjaran

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai ganjaran bersama.
Menurut pelopor Slavin (2005), pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar.
Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pembelajaran koperatif sebenarnya berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.
Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu.

Konsep Utama Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak kompleks mahupun mudah dalam suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka.
Selain itu, di sini dapata kita lihat bahawa melalui pembelajaran koperatif ini guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan prosedur tau langkah-langkah, manakala pelajar mengawal keadaan dan corak interaksi dalam kumpulan.
Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di mana pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif mahupun pasif dalam sesuatu interaksi dalam kumpulan.

Terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu:
- Pasukan
- Keinginan untuk bekerjasama
- Pengurusan koperatif
- Kemahiran bekerjasama
- Prinsip asas pembelajaran koperatif
- Struktur pembelajaran koperatif

Kelebihan Pembelajaran Koperatif

- Membawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar yang cerdas.
- Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.
- Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai.
- Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif dalam kalangan pelajar.
- Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.
- Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.
- Kajian meninjukkan bahawa pembelajaran loperatif ini membawa kepada penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar.
- Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik.

Simulasi : Main Peranan dan Lakonan

Definisi dan Konsep Simulasi

Definisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.
Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar.
Sebagai kesimpulannya, dengan menggunakan teknik simulasi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian sesuatu masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini.

Simulasi

            Penggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana guru menyelitkan simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu diingatkan bahawa, kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting. Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu:

- Orientasi
- Latihan peserta
- Proses simulasi
- Perbincangan

Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep simulasi. Manakala untuk fasa yang kedua pula ialah, murid-muridmula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi.
Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar.
Fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar. Contoh-contoh simulasi yang boleg guru laksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:

1.Pemusatan kepada penerbitan
Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan. Contoh situasinya ialah:
- Menerbitkan majalah dan program radio atau televisyen
- Menerbitkan rancangan video televisyen.

2.Pemusatan kepada masalah
Pelajar berbincang tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Contoh situasi:
 -Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang  
  antarabangsa
 -Orang awam enggan membantu orang buta menyeberangi jalan raya

Tujuan Simulasi

            Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai beberapa tujuan iaitu:

1. Untuk menguasai kemahiran
  Sebagai contoh, simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

2. Untuk membina sikap positif
   Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan.

3. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah
  Contoh yang boleh diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang berlaku di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. Misalnya, untuk memperjelaskan konsep “demokrasi”, guru boleh menjalankan simulasi di mana murid-murid berlakon sebagai pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka.

Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada dua:
- Sosiodrama
- Main peranan

Sosiodrama

Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya, aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan adalah seperti:
- Cerita Hang tuah dan Hang Jebat

Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu, sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik, maka ia akan mengajar dan menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak langsung tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional.
Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama.
Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama yang telah disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan memilih murid-murid untuk berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan bagi menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan tentang apa yang telah dilakonkan.

Main Peranan

Definisi :
Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan.
Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan.
            Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu. Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8 hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru.
            Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain.
Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya  menjadi lebih menarik serta berkesan. Terdapat lima jenis main peranan iaitu:

1. Memerihal
Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar.

2. Demonstrasi
Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.

3. Latihan
Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal.

4. Cerminan
Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi.

5. Kepekaan
Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di jalan raya.

Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan topik.

Prinsip-prinsin Pelaksanaan Simulasi

- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
- Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Tindakan ini dilakukan adalah supaya menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
- Untuk aktiviti sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan terlebih dahulu kepada murid-murid yang telah dipilih untuk berlakon.
- Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, guru boleh menyediakan bahan bantu belajar seperti topeng,kad main peranan serta alatan-latan lain.
- Sesama sesi simulasi, guru perlu memastikan bahawa murid lain yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.
- Manakala, selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
- Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.


Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget