"People with high assurance in their capabilities approach difficult tasks as challenges to be mastered rather than as threats to be avoided."
--Albert Bandura

Sunday, August 22, 2010

ANALISIS MODEL PENGAJARAN SOSIAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT


Strength - Kelebihan
- Dapat meningkatkan kemahiran sosial.
- Dapat memupuk perpaduan antara ahli kumpulan.
- Dapat bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif.
- Mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang.
- Dapat mengembangkan sifat empati terhadap orang lain.
- Menambahbaikkan kemahiran sosial.
- Lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian, seterusnya memperoleh celik akal bagi menangani masalah.
- Dapat memahami keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain.
- Membantu murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar. 

Weaknesses -  Kelemahan
- Perasaan gelisah akan timbul dalam kalangan murid yang tidak pernah ada pengalaman berlakon.
- Perasaan malu juga akan timbul jika murid tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi
- Hanya murid yang terlibat sahaja mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah.
- Penilaian tidak mudah untuk dijalankan.

Opportunities – Peluang
- Berkongsi idea dan pendapat : Melalui model pengajaran sosial ini, murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lain. Ini dapat mengembangkan idea setiap individu maka lahirlah produk yang menarik,kreatif dan inovatif daripada murid.  
- Boleh meningkatkan keyakinan diri : Keyakinan diri murid dapat dipertingkatkan jika mereka diberi peluang yang sama rata melalui model pengajaran sosial ini.


Ancaman – Threats
- Ketidakadilan : Ini boleh berlaku jika peluang tidak diberi sama rata kepada setiap murid. Hal ini kerana berkemungkinan besar murid yang lebih yakin dan kreatif akan lebih diberi peluang dan perhatian. Maka berlakulah ketidakadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. 
- Ketelusan : Guru sukar untuk melihat potensi murid secara individu. Maka ini akan menjadi ancaman kepada murid untuk meningkatkan potensi secara individu. Guru tidak dapat membuat penilaian dengan telus kapada murid jika guru tidak memberi perhatian sewaktu murid menjalankan aktiviti.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger