"People with high assurance in their capabilities approach difficult tasks as challenges to be mastered rather than as threats to be avoided."
--Albert Bandura

Thursday, August 26, 2010

MODEL PENGAJARAN


Apa itu pengajaran?

            Menurut Kamus Dewan edisi keempat pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, segala sesuatu yang diajarkan dan lain-lain. Pengajaran adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai seting pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk kolej dan universiti.
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

Apa itu model pengajaran?

            Model pengajaran adalah satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya. Beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.
Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidikan ialah memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran, membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan dan sebagai penduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya. 

Jenis-Jenis Model Pengajaran.
1. Model Pemprosesan Maklumat
Konsep
Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2. Model Behavioral
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
Pembelajaran Masteri
Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi
Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model Pengajaran
Contoh
Huraian
Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam
bilik darjah

1.  Model Pempro-sesan Maklumat



Inkuiri

Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori

Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

2.  Model Behavioral

Pengajaran Langsung




Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing

3.  Model Sosial

Pembelajaran Koperatif


Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga  mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan & Simulasi

Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

4.  Model Personal

Synectics



Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

3 comments:

Good Auto Deals said...

thanks for shairing the information
การ์ตูนมาใหม่

Unknown said...

Its a Very Great and Amazing Blog Dear This is Very Great and Helpful..
ผลบอลสด7M

Unknown said...

Its a Very Great and Amazing Blog Dear This is Very Great and Helpful..
ข่าวกีฬาไทยรัฐ

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger